Thursday, June 3, 2010

SOSIAL??

Lima(5) cara untuk mengatasi masalah sosial remaja zaman kini

Pergaduhan anak

– Cara untuk mengatasinya

Perangai buruk remaja

– Cara untukmengatasinya

Jenayah vandalisme

– Cara untuk mengatasinya

Pengaruh negetif dari barat

– Cara untuk mengatasinya

Jenayah sosial seperti merogol,merompak dan sebagainya

Cara untuk mengatasinya

Pergaduhan anak

Caranya

- Pergaduhan anak dapat dihentikan dengan cara ibu bapa memberikan perhatian terhadap anak-anak mereka.

- Pergaduhan anak berlaku adalah kerana anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

- Dengan caranya mencari orang yang boleh memberikan perhatian terhadap mereka seperti bergaduh,melawan cakap ponteng kelas dan sebagainya.

- Ibu bapa juga boleh memberi perhatian dengan membawa anak bersiar-siar,bertanya kan masaalah yang dihadapi. Samaada berkenaan sekolah atau masaalah yang lain.

- Dengan cara di atas,anak-anak akan merasa diri mereka dihargai dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Perangai buruk remaja

Caranya

- Perangai buruk remaja biasanya terjadi akibat daripada pergaduhan ibu bapa mereka sendiri.

- Ini kerana pergaduhan antara ibu bapa boleh memberi kesan yang buruk kepada anak kerana secara psikologinya,pergaduhan itu boleh memberi kesan yang mendalam terhadap diri anak mereka ataupun menjadi satu trauma yang teruk.

- Oleh itu, ibu bapa haruslah menyelesaikan masaalah dengan cara yang baik dengan cara apabila terjadinya perselisihan faham,ibu bapa jangan bergaduh dihadapan anak mereka.

- Selain itu, ibu bapa haruslah memberi teladan yang baik terhadap anak mereka seperti bertutur dengan cara yang sopan,memanggil anak degan cara yang baik dan bukannya menjerit.

- Ibu bapa juga haruslah memberi gambaran yang baik kepada anak mereka dengan cara apabila sudah berjanji sesuatu perkara itu haruslah ditunaikan.

- Ini kerana sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku mereka apabila dewasa kelak.

Jenayah vandalisme

Caranya

- Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka.

- Ini kerana, apabila mereka dewasa kelak mereka tidak akan terlibat dalam apa-apa jenis jenayah vandalisme.

- Antara jenayah vandalisme ini adalah merosakkan harta benda awam,menggangu ketenteraman masyarakat,menconteng papan tanda epetunjuk arah dan sebagainya.

- Cara lain untuk mengatasi masaalah jenyah vandalisme ini adalah dengan keperihatinan ibu bapa terhadap anak mereka.

- Ini kerana, ibu bapa pada masa kini kurang mempunyai masa untuk anak mereka disebabkan dengan kesibukan kerja yang dialami mereka.

- Oleh itu, ibu bapa haruslah meluangkan lebih masa kepada anak mereka.

- Sekurang-kurangnya, dengan cara ini anak akan merasa diri mereka diberikan perhatian dan juga mendapat kasih sayang.

- Secara tidak langsung jenayah vandalisme ini, berkurangan sedikit demi sedikit.

Pengaruh negetif dari barat

Caranya

- Remaja pada masa kini mudah terpengaruh dengan perkara negetif daripada barat.

- Contohnya, cara pemakaian mereka yang tidak menutup aurat dan mendedahkan tubuh badan kepada masyarakat.

- Caranya untuk mengatasinya adalah dengan mendidik mereka dengan baik semasa mereka kecil dab juga memberikan mereka nasihat kepada mereka.

- Selain itu, cara lain adalah dengan menghantar notis kepada pihak media massa tidak kira cetak ataupun elektronik supaya menapis segala maklumat ataupun siaran yang ingin disiarkan kepada khalayak ramai supaya dengan cara ini, dapatlah mengurangkan pengaruh yang tidak baik kepada remaja.

Jenayah sosial seperti merogol,merompak dan sebagainya

Caranya

- Jenayah sosial ini adalah yang paling berbahaya sekali kerana ianya akan merosakkan akhlak remaja itu sedikit demi sedikit.

- Faktor utamanya adalah kurangnya didikan agama.

- Oleh itu, didikan agama haruslah diberikan dengan secukupnya.

- Antaranya adalah semasa mereka masih kecil didikan agama haruslah ditekan selalu.

- Selain itu, ibu bapa haruslah menerapkan nilai-nilai hidup seperti sopan santun,amanah,jujur dan juga taat setia.

Secara tidak langsung semua amalan yang telah diajar ini dapat menjadi penghalang kepada perkara yang tidak berfaedah malah merugikan lagi diri sendiri.

No comments:

Post a Comment